Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik Dan Cara Buat Kek Batik Yang Sedap

Kek Batik adalah salah satu pencuci mulut yang digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kek ini dibuat dengan mencampurkan biskut Marie yang dipadankan dengan sos coklat atau custard yang dibuat dengan telur, mentega / marjerin, susu pekat, Milo dan serbuk coklat. Kek ini kebiasaanya dihidangkan di majlis-majlis khas.

Asal-usul kek ini agak tidak menentu kerana ia sama seperti hedgehog slice, walaupun dengan beberapa bahan yang berbeza. Oleh kerana Malaysia dan Brunei pernah menjadi tanah jajahan British, ia dipercayai kek ini telah diperkenalkan oleh British. Di Brunei, kek Batik mereka ditutup dengan topping berwarna hijau.

Resepi Kek Batik – Natalias Diary

Resepi Kek Batik - Natalias Diary

Bahan-Bahan

– 250g Biskut Marie (warna cream)
– 150g buttercup
– 1 cawan Milo
– 6 sudu serbok koko
– 4 biji telur
– 1/2 tin susu pekat manis
– 1 cawan air kosong

Cara-Cara Buat Kek Batik

Resepi Kek Batik - Biskut Marie - Natalias Diary

1. Biskut Marie

Patah-patahkan biskut marie ini. Lebih sesuai jika dipatahkan kepada empat bahagian. Supaya senang bila nak digaulkan nanti.

Resepi Kek Batik - Natalias Diary - Koko

2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

Resepi Kek Batik - Natalias Diary2

3. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul hingga sekata. Mampatkan adunan yang telah siap  digaul tadi ke dalam satu bekas.  Gunakan belakang sudu dan tekan-tekankan di permukaan kek batik tu agar lebih mampat.

4.  Masukkan dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam supaya kek batik menjadi keras.

5. Siap. Bolehla ajak siapa-siapa, keluarga, kawan atau teman setia untuk makan bersama-sama. Kek Batik ini selalunya dihidangkan bersama air kosong, sebabnya terlalu manis. Hehe

Resepi Kek Batik | Cara Buat Kek Batik Orea

credit to says