Kereta Sewa Kuala Lumpur Karloop

KARLOOP

Kami telah membina sistem yang kuat untuk membantu pesanan sewa kereta murah anda. Sama ada secara langganan atau pengunaan atas permintaan. Sistem ini direka khas untuk memudahkan proses sewa kereta murah anda. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami untuk info lanjut

Kereta Sewa Kuala Lumpur

Pilih tarikh untuk sewa kereta​

Rancang dan semak perjalanan anda untuk mendapatkan tempahan sewa kereta kuala lumpur bersama kami

Kemukakan maklumat anda

Untuk memudahkan tempahan, anda boleh hantar whatsapp IC dan Lesen ke 019 2547964

Sila baca syarat-syarat kami​

Anda diminita untuk membaca terma & syarat kami sekiranya ingin sewa kereta bersama kami

Cara-Cara Pembayaran

Anda boleh membuat pembayaran secara bank transfer atau tunai di pejabat kami

TERMA & SYARAT SEWA KERETA MURAH KARLOOP
  • Salinan Kad Pengenalan/Passport/Pas Pelajar dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh,serta bil utiliti (bil air/elektrik/astro).
  • Deposit minima RM 100.00 dikenakan semasa menyewa (mengikut jenis kereta). Deposit akan dikembalikan sekiranya kereta dikembalikan dengan baik. Jika tempahan dibatalkan,hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh kereta diambil,jika kurang dari tempoh tersebut,deposit tidak akan dikembalikan.
  • Caj dikenakan setiap penghantaran dan pemulangan kereta mengikut kawasan. Contoh : Penang Airport,RM 20.00(hantar dan ambil),Terminal Bas Sungai Nibong(percuma).
  • Tiada diskaun pada hari Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
  • Sewaan minimum sehari/24 jam. 
  • Waktu penghantaran dan pemulangan kereta sekitar jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jika di luar waktu urusan,caj RM 20.00 dikenakan. Pada hari Jumaat,rehat untuk solat Jumaat dari jam 12.30 sehingga 2.30 petang. Penghantaran dan pemulangan kereta hanya akan dibuat sebelum dan selepas tempoh tersebut.
  • Kereta yang lambat dikembalikan akan dikenakan caj RM 10.00 (mengikut jenis kereta) bagi setiap jam. Jika lewat lebih daripada 4 jam,caj sehari akan dikenakan.
  • Sekiranya penyewa tidak mengembalikan kereta melebihi tempoh 12 jam dari tempoh penyewaan tanpa sebarang makluman/pemberitahuan kepada pihak kami,laporan polis akan dibuat terhadap penyewa.
  • Penyewa akan menjaga kereta sewaan dengan baik.
  • Penyewa akan mematuhi segala peraturan jalan raya, dan menjadi pemandu berhemat.
  • Penyewa tidak menggunakan kereta ini untuk tujuan jenayah/ maksiat/ penyeludupan dan perlumbaan.
  • Penyewa tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.Laporan polis akan dibuat ,kes curi spare part kenderaan.
  • Penyewa juga berjanji akan menanggung sebarang kerugian, kerosakan dan saman sekiranya berlaku semasa dalam tempoh sewaan.
  • Jika kereta yang disewa terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke bengkel,penyewa perlu membayar separuh daripada kadar sewa sepanjang tempoh tersebut serta kos pembaikan kereta.
  • Penyewa wajib menjelaskan segala baki tertunggak, kerosakan kenderaan luaran dan dalaman, saman, kompaun jika terdapat semasa tempoh penyewaan.
  • Sekiranya didapati bahagian dalam kereta tertumpah air atau makanan,contoh terkena coklat pada kusyen/air tertumpah di dashboard kereta,panel pintu atau kusyen, caj akan dikenakan.
  • Haiwan peliharaan, durian dan minuman keras,dilarang dibawa masuk ke dalam kereta sewa murah kuala lumpur kami

Sertai kami dan jana pendapatan lebihan !!Hubungi Kami

FAQ – SOALAN LAZIM

ADAKAH DEPOSIT DIPERLUKAN ?

Deposit bergantung kepada agen kami, setengah agen kami tidak memerlukan sebarang deposit. Minima deposit adalah sebanyak RM 100.00 sahaja

ADA SERVIS PENGHANTARAN ?

Untuk ketika ini kami tidak membuat servis penghantaran. Pihak pelanggan dikehendaki datang dan ambil kenderaan di pejabat kami

AMBIL BANYAK HARI ADA DISKAUN ?

Sekiranya pihak pelanggan mengambil lebih dari 3 hari, terdapat diskaun istimewa. Diskaun sehingga 30% kepada pelanggan yang sewa lebih dari 7 hari

APA YANG DIPERLUKAN UNTUK TEMPAHAN ?

Pihak pelanggan boleh whatsapp kami di 019 2547964 dan kami akan berikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk urusan tempahan

ADA SEBARANG PROMOSI ?

Sekiranya terdapat sebarang musim perayaan, promosi yang berbaloi disediakan kepada pelanggan setia kami atau anda boleh daftar menjadi member kami

PEJABAT BUKA UNTUK HARI MINGGU ?

Ya, pejabat kami buka setiap hari kecuali public holiday. Kami menggalakkan pelanggan agar membuat tempahan awal sekiranya tiba musim perayaan